Tuesday, 23 August 2016

1. Peta Bulatan Proses pemikiran:

Mendefinisikan mengikut konteks Sumbang

saran idea dan mempamerkan pengetahuan sedia ada 

berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat 

mengikut konteks.

Langkah Membina Peta Bulatan

1. Lukiskan sebuah bulatan kecil di bahagian tengah.


2. Tuliskan topik utama yang ingin diperkenalkan dalam 

bulatan kecil tersebut.

3. Lukiskan sebuah bulatan yang lebih besar mengelilingi 

bulatan kecil tersebut.

4. Isikan bahagian dalam bulatan besar dengan segala 

maklumat berkaitan dengan topik tersebut untuk menjana 

idea (proses sumbang saran).

5. Lukis bingkai di bahagian luar bulatan besar untuk 

menyatakan sumber rujukan atau sudut pandangan daripada 

pelbagai pihak.
2. Peta Buih Proses pemikiran:

Menerangkan atau memerihalkan menggunakan adjektif

 Memperkaya kebolehan pelajar bagi mengenal pasti atau 

menunjukkan kualiti.

Langkah Membina Peta Buih

1. Lukiskan sebuah bulatan di bahagian tengah dan labelkan 

topik utama di dalamnya.

2. Lukiskan beberapa bulatan di sekelilingnya untuk diisi 

dengan kata adjektif / kata sifat bagi topik tersebut.


3. Sambungkan semua bulatan tersebut dengan topik utama 

menggunakan garis lurus.

4. Senaraikan seberapa banyak kata / frasa adjektif berkaitan 

sama ada positif / negatif. Warna yang berbeza boleh 

digunakan.

5. Contoh: Kata Adjektif – cantik, baik hati, periang, pandai, 

pendiam, cemburu, malas Frasa Adjektif- bertelinga besar, 

berion positif, bersisik tebal. biasanya menggunakan 

perkataan deskriptif atau huraian
3. Peta Buih Berganda Proses pemikiran:

Banding beza

Langkah Membina Peta Buih Berganda

1. Lukiskan 2 bulatan (berwarna biru dan merah) di dua 

bahagian untuk menulis 2 topik (objek/idea) yang ingin 

dibandingkan.


2. Tuliskan kedua-dua topik tersebut di dalamnya.

3. Lukiskan beberapa bulatan di sekelilingnya termasuklah di 
antara 2 bulatan utama.

4. Sambungkan semua bulatan dengan 2 topik utama 
menggunakan garis lurus.

5. Bagi bulatan (berwarna hijau) yang berada di antara 2 

topik, gabungkannya dengan kedua-dua topik untuk mewakili 

persamaan.

6. Isikan semua perbezaan di dalam bulatan (berwarna 

kuning atau ungu) yang hanya bersambung dengan 1 topik 

sahaja.

7. Peta ini juga boleh digunakan untuk menujukkan 

persamaan sahaja atau perbezaan sahaja.
4. Peta Pokok Proses Pemikiran:

Membuat pengelasan

 Mengklasifikasikan bahan atau idea

Langkah Membina Peta Pokok

1. Tuliskan tajuk/topik utama di bahagian atas dan 
gariskannya.

2. Lukiskan garisan untuk mengasingkan topik utama kepada beberapa kumpulan/kategori.

3. Tuliskan setiap kategori pada setiap cabang pengelasan.

4. Senaraikan contoh/penjelasan bagi setiap kategori.

5. Gariskan setiap contoh yang ditulis.
5. Peta Dakap Proses Pemikiran:

Hubungan bahagian-seluruh

 Menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri adalah 

nama atau imej keseluruhan objek. Garisan pada bahagian kedua 

ialah bahagian utama.

Langkah Membina Peta Dakap

1. Digunakan untuk mengkaji / menganalisis objek secara 
fizikal/ maujud

2. Tuliskan bahagian objek yang ingin dipisahkan dan gariskan nya.

3. Tuliskan bahagian/pecahan utama.

4. Tuliskan bahagian/komponen yang lebih kecil di sebelah kanannya.

5. Lukiskan ({ ) untuk menggabungkan/menyatukan objek dan komponennya.
6. Peta Alir Proses Pemikiran:
Urutan

Membuat urutan sesuatu.

Langkah Membina Peta Alir

1. Tuliskan tajuk ( peristiwa/langkah)

2. Lukiskan sebuah kotak di sebelah kiri kertas dan isikan 
dengan langkah pertama untuk 
menghasilkan/membina/membuat......

3. Lukiskan anak panah mengarah ke sebelah kanan.

4. Lukiskan kotak yang kedua dan isikan dengan langkah seterusnya.

5. Ulangi langkah sehingga tamat proses yang ingin diterangkan.

6. Sambungkan kotak dari kiri ke kanan untuk baris berikutnya (jika perlu)

7. Sekiranya terdapat penerangan selanjutnya, lukiskan kotak kecil di bawah langkah utama berkenaan.

8. Cadangan topik – Apakah yang dilakukan semasa cuti sekolah?
7. Peta Pelbagai Alir Proses Pemikiran:
Sebab dan akibat

 Menunjuk dan menganalisis hubungansebab dan akibat. 

Segi empat yang berada di bahagian tengah adalah peristiwa 

yang penting. Pada sebelah kirinya adalah sebab-sebab 


peristiwa tersebut, manakala sebelah kanan pula adalah 

akibat peristiwa tersebut.

Langkah Membina Peta Pelbagai Alir

1. Digunakan untuk menerangkan analisis sebab dan kesan.

2. Lukiskan kotak di bahagian tengah dan tuliskan peristiwa 
yang dikaji.

3. Di sebelah kiri rajah, tuliskan sebab-sebab berlakunya 
peristiwa tersebut dalam kotak berasingan.

4. Sambungkan setiap sebab dengan anak panah mengarah kepada peristiwa.

5. Tuliskan beberapa kesan daripada peristiwa tersebut dalam kotak di sebelah kanan.

6. Lukis anak panah mengarah ke kotak sebelah kanan.

7. Peta ini juga boleh digunakan untuk menerangkan sebab atau kesan sahaja. 8. Cadangan Topik – Saya berjaya dalam peperiksaan.
8. Peta Titian Proses Pemikiran:
Analogi, hubungan yang sama, mencari faktor penghubungan

 Mengaplikasikan proses analogi dengan menggunakan faktor penghubungan.

Comelkan..

Langkah Membina Peta Titi

1. Lukiskan sebuah garisan dan tuliskan faktor penghubung (relating factor) di bahagian kiri.

2. Faktor penghubung (RF) adalah frasa setara yang mengaitkan analogi.

3. Lukiskan garisan dan tuliskan di bahagian atas dan bawahnya pasangan yang berkaitan.

4. Seterusnya, ikuti langkah yang sama untuk pasangan berikutnya.

5. Kedua-dua pasangan berkaitan ini disambungkan oleh puncak.( ).

6. Sambungkan pasangan seterusnya sehingga tamat.

7. Sentiasa meletakkan ‘as’ yang bererti sama seperti pada peta titi.

-TAMAT-


Soalan dan Penyoalan

Apa kena mengena membuat nota dengan soalan?

Soalan dan penyoalan ialah alat rangsangan utk:

  1. mendapatkan maklumat
  2. meninjau kefahaman
  3. mencungkil minat
  4. menilai kebolehan dan
  5. pencapaian seseorang


RANGSANGAN” adalah sesuatu yang penting untuk memotivasikan diri.
  


Ok,tarik nafas jap……..
Opp..tak habis  lagi untuk tajuk ni…
Sekarang kita tengok pulak jenis soalan:
Soalan terbahagi kepada:
1. Bertumpu dan mencapah
2. Soalan sokratik
3. Lingkaran soalan


Ok ,first, apa  itu soalan bertumpu dan mencapah?

i.Soalan bertumpu –jawapan terhad dan langsung dalam teks
ii.Soalan mencapah –jawapan terbuka dan tak terhad dalam teks

Setiap soalan mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri…
•Ciri soalan bertumpu
  • Mempunyai satu jawapan
  • Terhad kepada teks
  • Tersurat dalam soalan
  • Berbentuk mengingat kembali
  • Objektif


•Ciri soalan mencapah
  •  Mempunyaipelbagai jawapan
  •  Terbuka
  •  Tersirat dalam soalan
  •  Berbentuk taakulan
  •  Subjektif

 Soalan Sokratik
Kalau soalan sokratik pula,ia lebih kepada teknik.
Teknik Penyoalan Socrates berdasarkan tujuan:

a)Untuk mendapatkan penjelasan
-Apakah yang anda maksudkan dgn ISO9000?

b)Untuk menyiasat andaian
-Apakah andaian anda tentang kes pelajar didenda kerana demonstrasi?

c)Untuk menyiasat sebab dan bukti
-Bagaimana kita dapat memastikan dakwaan ini benar?

d)Untuk mendapatkan pandangan / penjelasan
-Mengapakah anda memilih kursus kemahiran berfikir?

e)Untuk menyiasat implikasi dan kesan
-Apakah kesan pihak universiti mengharamkan demonstrasi pelajar?
       
f)Soalan mengenai soalan (metakognitif)
       -Mengapa soalan tentang kes ini penting bagi anda?


LINGKARAN SOALAN 

Yang ni,mungkin korang nk basuh muka dulu sebelum kita mulakan.Sebab yang ni sedikit panjang berbanding yang lain.

Ok
Diperkenalkan oleh Christenbury dan Kelly (1983) Bagi 

negara kita, teknik penyoalan ini diperkenalkan oleh William 

W. Wilen ( 1994 )

APA ITU LINGKARAN SOALAN?

Bentuk soalan yang memberi tumpuan kepada skop-skop 

tertentu, iaitu skop perkara, skop individu, dan skop luar individu



skop lingkaran soalan

 PERKARA ( P)= Dalam konteks pengajaran Bahasa Melayu perkara merujuk kepada sama ada tema, tajuk, idea, isu, peristiwa atau teks yang dipelajari.
  •  Misalnya,dalam konteks ini perkara yang akan dibincangkan bertajuk ´Buah-BuahanTempatan. Oleh itu, soalan-soalan yang dikemukakan hendaklah ditumpukan kepada tajuk atau teks bacaan secara langsung. 
  • Contoh soalan lingkaran 1 =P Namakan lima jenis buah-buahan tempatan tanpa musim Mengapakah durian digelar raja segala buah?
Individu (I)= Individu merujuk kepada pelajar atau orang yang 

terlibat sebagai pembaca teks atau sebagai orang yang 

dikehendaki menjawab soalan berkenaan. Dalam konteks 

pengajaran dan pembelajaran pelajar merupakan individu yang 

dimaksudkan. Oleh itu soalan yang hendak dikemukakan perlulah 

dikaitkan dengan pengalaman, pengetahuan, pemerhatian, atau 

pandangan pelajar. Dengan cara ini guru dapat meninjau sejauh 

manakah perkara yang sedang dibincangkan itu dapat dikaitkan 

oleh individu (pelajar) dengan pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada. 


  • Contoh Lingkaran Soalan 2 =(I) Adakah anda suka makan buah-buahan tempatan? Beri alasan anda. Pada pendapat anda buah-buahan Apakah yang mempunyai potensi untuk dieksport secara besar-besaran?
LUAR INDIVIDU ( LI)- 

Luar individu merujuk kepada skop di luar individu (pelajar) 

seperti masyarakat, komuniti, manusia sejagat, kawasan, daerah, 

negeri dan luar negara yang sesuai dengan peringkat pelajar. 

Dalam hubungan ini guru hendaklah mengemukakan soalan yang 

terdapat di luar daripada skop individu yang sedang dibincangkan 

tetapi masih berkisar pada Tajuk atau tema yang sama, iaitu ´Buah-

Buahan Tempatan. Contoh Lingkaran Soalan 3 = ( LI) Senaraikan 

nama buah-buahan luar negara yang terdapat dalam pasaran? 

Mengapakah negara Australia mengesport buah- buahan? banyak 

Untuk mepelbagaikan lagi aras penyoalan, guru bolehlah 

menggunakan aras keupayaan kognitif Bloom bagi setiap lingkaran 

itu. 

  • Bagi mempertingkatkan Kemahiran berfikir pelajar, setiap lingkaran tersebut dapat digabungkan dengan lingkaran yang lain sehingga menjadi dua atau tiga lingkaran
1.Gabungan antara perkara dengan individu ( P + I ) 
  • Pada pendapat anda (I), bagaimana industri buah buahan tempatan dapat dimajukan (P)?
  • Harga buah-buahan tempatan semakin mahal (P). Apakah komen anda tentang hal ini (I)?
2.Gabungan antara Individu dengan Luar Individu ( I + LI )   
  • Pada pendapat anda (I) mengapakah kerajaan kita tidak menggalakkan rakyatnya membeli buah durian dari negara Thai (LI)pada masa ini?

  • Jika kamu seorang pengusaha kilang mengetin buah- buahan tempatan (I) negara manakah (LI) yang akan anda pasarkan hasil pengeluaran anda? Mengapa?
3.Gabungan antara Perkara dengan Luar Individu ( P + LI )

  • Apakah perbezaan antara buah-buahan tempatan (P) dengan buah-buahan dari luar negara (LI)?
4.Gabungan antara Perkara, Individu dan Luar Individu ( P+ I + LI ) 
  •  Buah-buahan tempatan lebih lazat dan berkhasiat (P) daripada buah-buahan negara Barat (LI). Adakah anda bersetuju dengan pendapat ini (I)? Beri alasan anda.