Tuesday, 23 August 2016

Soalan dan Penyoalan

Apa kena mengena membuat nota dengan soalan?

Soalan dan penyoalan ialah alat rangsangan utk:

  1. mendapatkan maklumat
  2. meninjau kefahaman
  3. mencungkil minat
  4. menilai kebolehan dan
  5. pencapaian seseorang


RANGSANGAN” adalah sesuatu yang penting untuk memotivasikan diri.
  


Ok,tarik nafas jap……..
Opp..tak habis  lagi untuk tajuk ni…
Sekarang kita tengok pulak jenis soalan:
Soalan terbahagi kepada:
1. Bertumpu dan mencapah
2. Soalan sokratik
3. Lingkaran soalan


Ok ,first, apa  itu soalan bertumpu dan mencapah?

i.Soalan bertumpu –jawapan terhad dan langsung dalam teks
ii.Soalan mencapah –jawapan terbuka dan tak terhad dalam teks

Setiap soalan mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri…
•Ciri soalan bertumpu
  • Mempunyai satu jawapan
  • Terhad kepada teks
  • Tersurat dalam soalan
  • Berbentuk mengingat kembali
  • Objektif


•Ciri soalan mencapah
  •  Mempunyaipelbagai jawapan
  •  Terbuka
  •  Tersirat dalam soalan
  •  Berbentuk taakulan
  •  Subjektif

 Soalan Sokratik
Kalau soalan sokratik pula,ia lebih kepada teknik.
Teknik Penyoalan Socrates berdasarkan tujuan:

a)Untuk mendapatkan penjelasan
-Apakah yang anda maksudkan dgn ISO9000?

b)Untuk menyiasat andaian
-Apakah andaian anda tentang kes pelajar didenda kerana demonstrasi?

c)Untuk menyiasat sebab dan bukti
-Bagaimana kita dapat memastikan dakwaan ini benar?

d)Untuk mendapatkan pandangan / penjelasan
-Mengapakah anda memilih kursus kemahiran berfikir?

e)Untuk menyiasat implikasi dan kesan
-Apakah kesan pihak universiti mengharamkan demonstrasi pelajar?
       
f)Soalan mengenai soalan (metakognitif)
       -Mengapa soalan tentang kes ini penting bagi anda?


LINGKARAN SOALAN 

Yang ni,mungkin korang nk basuh muka dulu sebelum kita mulakan.Sebab yang ni sedikit panjang berbanding yang lain.

Ok
Diperkenalkan oleh Christenbury dan Kelly (1983) Bagi 

negara kita, teknik penyoalan ini diperkenalkan oleh William 

W. Wilen ( 1994 )

APA ITU LINGKARAN SOALAN?

Bentuk soalan yang memberi tumpuan kepada skop-skop 

tertentu, iaitu skop perkara, skop individu, dan skop luar individu



skop lingkaran soalan

 PERKARA ( P)= Dalam konteks pengajaran Bahasa Melayu perkara merujuk kepada sama ada tema, tajuk, idea, isu, peristiwa atau teks yang dipelajari.
  •  Misalnya,dalam konteks ini perkara yang akan dibincangkan bertajuk ´Buah-BuahanTempatan. Oleh itu, soalan-soalan yang dikemukakan hendaklah ditumpukan kepada tajuk atau teks bacaan secara langsung. 
  • Contoh soalan lingkaran 1 =P Namakan lima jenis buah-buahan tempatan tanpa musim Mengapakah durian digelar raja segala buah?
Individu (I)= Individu merujuk kepada pelajar atau orang yang 

terlibat sebagai pembaca teks atau sebagai orang yang 

dikehendaki menjawab soalan berkenaan. Dalam konteks 

pengajaran dan pembelajaran pelajar merupakan individu yang 

dimaksudkan. Oleh itu soalan yang hendak dikemukakan perlulah 

dikaitkan dengan pengalaman, pengetahuan, pemerhatian, atau 

pandangan pelajar. Dengan cara ini guru dapat meninjau sejauh 

manakah perkara yang sedang dibincangkan itu dapat dikaitkan 

oleh individu (pelajar) dengan pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada. 


  • Contoh Lingkaran Soalan 2 =(I) Adakah anda suka makan buah-buahan tempatan? Beri alasan anda. Pada pendapat anda buah-buahan Apakah yang mempunyai potensi untuk dieksport secara besar-besaran?
LUAR INDIVIDU ( LI)- 

Luar individu merujuk kepada skop di luar individu (pelajar) 

seperti masyarakat, komuniti, manusia sejagat, kawasan, daerah, 

negeri dan luar negara yang sesuai dengan peringkat pelajar. 

Dalam hubungan ini guru hendaklah mengemukakan soalan yang 

terdapat di luar daripada skop individu yang sedang dibincangkan 

tetapi masih berkisar pada Tajuk atau tema yang sama, iaitu ´Buah-

Buahan Tempatan. Contoh Lingkaran Soalan 3 = ( LI) Senaraikan 

nama buah-buahan luar negara yang terdapat dalam pasaran? 

Mengapakah negara Australia mengesport buah- buahan? banyak 

Untuk mepelbagaikan lagi aras penyoalan, guru bolehlah 

menggunakan aras keupayaan kognitif Bloom bagi setiap lingkaran 

itu. 

  • Bagi mempertingkatkan Kemahiran berfikir pelajar, setiap lingkaran tersebut dapat digabungkan dengan lingkaran yang lain sehingga menjadi dua atau tiga lingkaran
1.Gabungan antara perkara dengan individu ( P + I ) 
  • Pada pendapat anda (I), bagaimana industri buah buahan tempatan dapat dimajukan (P)?
  • Harga buah-buahan tempatan semakin mahal (P). Apakah komen anda tentang hal ini (I)?
2.Gabungan antara Individu dengan Luar Individu ( I + LI )   
  • Pada pendapat anda (I) mengapakah kerajaan kita tidak menggalakkan rakyatnya membeli buah durian dari negara Thai (LI)pada masa ini?

  • Jika kamu seorang pengusaha kilang mengetin buah- buahan tempatan (I) negara manakah (LI) yang akan anda pasarkan hasil pengeluaran anda? Mengapa?
3.Gabungan antara Perkara dengan Luar Individu ( P + LI )

  • Apakah perbezaan antara buah-buahan tempatan (P) dengan buah-buahan dari luar negara (LI)?
4.Gabungan antara Perkara, Individu dan Luar Individu ( P+ I + LI ) 
  •  Buah-buahan tempatan lebih lazat dan berkhasiat (P) daripada buah-buahan negara Barat (LI). Adakah anda bersetuju dengan pendapat ini (I)? Beri alasan anda. 

No comments:

Post a Comment