Sunday, 14 August 2016


 
First, sebelum kita mendalami ilmu mengambil dan membuat nota,mari kita tengok

Apa itu “NOTA”?
  -NOTA ialah benda yang dicatat oleh seseorang pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran.NOTA juga menjadi bahan rujukan apabila kita terlupa sesuatu maklumat.NOTA dicipta berdasarkan kreativiti tersendiri.
CARA-CARA MEMBUAT NOTA
Alright,semua orang dah tahu yang membuat nota merupakan aktiviti yang sangat penting bagi seseorang pelajar terutamanya bagi pelajar IPT.Untuk itu,Teknik pengambilan nota perlu dipelajari oleh setiap pelajar bagi membolehkan seseorang pelajar  itu dapat membezakan maklumat penting dan maklumat yang tidak penting.Setiap pelajar perlu mengamalkan cara penyimpanan nota yang sistematik.
Okay,semua fahamkan,apa yang saya tulis kat atas ni?.kalau x faham,faham2 kan.hehehe.Kemahiran mengambil dan membuat nota mempunyai 4 cara.
1.   ANNOTATION(ANOTASI)
2.   OUTLINE NOTES(NOTA RANGKA)
3.   COLUMN NOTES(NOTA BENTUK JADUAL)
4.   SUMMARY NOTES(NOTA RINGKAS)

ANNOTATION(ANOTASI)
Annotation ini adalah catatan nota untuk memberi penjelasan dalam bentuk penerangan ringkas.Annotation ini juga boleh dibuat dengan menggariskan fakta,menandakan isi penting,menggunakan highlight,dan boleh juga menggunakan pelekat.Mengenai sesuatu kerja seperti artikel,bab buku,buku,laman web atau filem,penjelasan ini mestilah mempunyai maklumat biblografi yang lengkap.
Contoh Biblografi:

Contoh Nota Anotasi:


OUTLINE NOTES(NOTA RANGKA)
Membuat nota dengan menggunakan nombor ,symbol dan lain-lain.Outline notes juga bermaksud frasa dan kata kunci.
Contohnya:
RUKUN KAHWIN
  • suami
  • isteri
  • saksi
  • wali
  • akad

RUKUN MANDI WAJIB

  • niat
  • air rata kesuluruhan badan


COLUMN NOTES(NOTA BENTUK JADUAL)
Adalah cara mengambil nota menggunakan format berbentuk lajur dan teknik ini lebih sesuai bagi subjek sains dan matematik.
SUMMARY NOTES(NOTA RINGKAS)
Nota rumusan ini bermaksud nota yang mempunyai semua maklumat yang telah diringkaskan dan ditulis dalam perenggan.Rumusan ini lebih fokuskan kepada isi penting.Akhir sekali,nota ini boleh diringkaskan dengan ayat sendiri.
Itu saja untuk perkongsian kali ni.
Terima kasih.....








          

No comments:

Post a Comment