1. Peta Bulatan
Proses pemikiran:
Mendefinisikan
mengikut konteks Sumbang
saran idea dan
mempamerkan pengetahuan sedia ada
berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan
maklumat
mengikut konteks.
Langkah Membina Peta
Bulatan
1. Lukiskan sebuah
bulatan kecil di bahagian tengah.
2. Tuliskan topik utama
yang ingin diperkenalkan dalam
bulatan kecil tersebut.
3. Lukiskan sebuah
bulatan yang lebih besar mengelilingi
bulatan kecil tersebut.
4. Isikan bahagian
dalam bulatan besar dengan segala
maklumat berkaitan dengan topik tersebut
untuk menjana
idea (proses sumbang saran).
5. Lukis bingkai di
bahagian luar bulatan besar untuk
menyatakan sumber rujukan atau sudut
pandangan daripada
pelbagai pihak.
2. Peta Buih Proses
pemikiran:
Menerangkan atau
memerihalkan menggunakan adjektif
Memperkaya
kebolehan pelajar bagi mengenal pasti atau
menunjukkan kualiti.
Langkah Membina Peta
Buih
1. Lukiskan sebuah
bulatan di bahagian tengah dan labelkan
topik utama di dalamnya.
2. Lukiskan beberapa
bulatan di sekelilingnya untuk diisi
dengan kata adjektif / kata sifat bagi
topik tersebut.
3. Sambungkan semua
bulatan tersebut dengan topik utama
menggunakan garis lurus.
4. Senaraikan
seberapa banyak kata / frasa adjektif berkaitan
sama ada positif / negatif.
Warna yang berbeza boleh
digunakan.
5. Contoh: Kata
Adjektif – cantik, baik hati, periang, pandai,
pendiam, cemburu, malas Frasa
Adjektif- bertelinga besar,
berion positif, bersisik tebal. biasanya
menggunakan
perkataan deskriptif atau huraian
3. Peta Buih
Berganda Proses pemikiran:
Banding beza
Langkah Membina Peta
Buih Berganda
1. Lukiskan 2
bulatan (berwarna biru dan merah) di dua
bahagian untuk menulis 2 topik
(objek/idea) yang ingin
dibandingkan.
2. Tuliskan
kedua-dua topik tersebut di dalamnya.
3. Lukiskan beberapa
bulatan di sekelilingnya termasuklah di
antara 2 bulatan utama.
4. Sambungkan semua
bulatan dengan 2 topik utama
menggunakan garis lurus.
5. Bagi bulatan
(berwarna hijau) yang berada di antara 2
topik, gabungkannya dengan kedua-dua
topik untuk mewakili
persamaan.
6. Isikan semua
perbezaan di dalam bulatan (berwarna
kuning atau ungu) yang hanya bersambung
dengan 1 topik
sahaja.
7. Peta ini juga
boleh digunakan untuk menujukkan
persamaan sahaja atau perbezaan sahaja.
4. Peta Pokok Proses
Pemikiran:
Membuat pengelasan
Mengklasifikasikan
bahan atau idea
Langkah Membina Peta
Pokok
1. Tuliskan
tajuk/topik utama di bahagian atas dan
gariskannya.
2. Lukiskan garisan
untuk mengasingkan topik utama kepada beberapa kumpulan/kategori.
3. Tuliskan setiap
kategori pada setiap cabang pengelasan.
4. Senaraikan contoh/penjelasan
bagi setiap kategori.
5. Gariskan setiap
contoh yang ditulis.
5. Peta Dakap Proses
Pemikiran:
Hubungan
bahagian-seluruh
Menganalisis
objek fizikal. Garisan sebelah kiri adalah
nama atau imej keseluruhan objek.
Garisan pada bahagian kedua
ialah bahagian utama.
Langkah Membina Peta
Dakap
1. Digunakan untuk
mengkaji / menganalisis objek secara
fizikal/ maujud
2. Tuliskan bahagian
objek yang ingin dipisahkan dan gariskan nya.
3. Tuliskan
bahagian/pecahan utama.
4. Tuliskan
bahagian/komponen yang lebih kecil di sebelah kanannya.
5. Lukiskan ({ )
untuk menggabungkan/menyatukan objek dan komponennya.
6. Peta Alir Proses
Pemikiran:
Urutan
Membuat urutan
sesuatu.
Langkah Membina Peta
Alir
1. Tuliskan tajuk (
peristiwa/langkah)
2. Lukiskan sebuah
kotak di sebelah kiri kertas dan isikan
dengan langkah pertama untuk
menghasilkan/membina/membuat......
3. Lukiskan anak
panah mengarah ke sebelah kanan.
4. Lukiskan kotak
yang kedua dan isikan dengan langkah seterusnya.
5. Ulangi langkah
sehingga tamat proses yang ingin diterangkan.
6. Sambungkan kotak
dari kiri ke kanan untuk baris berikutnya (jika perlu)
7. Sekiranya
terdapat penerangan selanjutnya, lukiskan kotak kecil di bawah langkah utama
berkenaan.
8. Cadangan topik –
Apakah yang dilakukan semasa cuti sekolah?
7. Peta Pelbagai
Alir Proses Pemikiran:
Sebab dan akibat
Menunjuk dan
menganalisis hubungansebab dan akibat.
Segi empat yang berada di bahagian
tengah adalah peristiwa
yang penting. Pada sebelah kirinya adalah sebab-sebab
peristiwa tersebut, manakala sebelah kanan pula adalah
akibat peristiwa
tersebut.
Langkah Membina Peta
Pelbagai Alir
1. Digunakan untuk
menerangkan analisis sebab dan kesan.
2. Lukiskan kotak di
bahagian tengah dan tuliskan peristiwa
yang dikaji.
3. Di sebelah kiri
rajah, tuliskan sebab-sebab berlakunya
peristiwa tersebut dalam kotak
berasingan.
4. Sambungkan setiap
sebab dengan anak panah mengarah kepada peristiwa.
5. Tuliskan beberapa
kesan daripada peristiwa tersebut dalam kotak di sebelah kanan.
6. Lukis anak panah
mengarah ke kotak sebelah kanan.
7. Peta ini juga
boleh digunakan untuk menerangkan sebab atau kesan sahaja. 8. Cadangan Topik –
Saya berjaya dalam peperiksaan.
8. Peta Titian
Proses Pemikiran:
Analogi, hubungan
yang sama, mencari faktor penghubungan
Mengaplikasikan
proses analogi dengan menggunakan faktor penghubungan.
Comelkan..
Langkah Membina Peta
Titi
1. Lukiskan sebuah
garisan dan tuliskan faktor penghubung (relating factor) di bahagian kiri.
2. Faktor penghubung
(RF) adalah frasa setara yang mengaitkan analogi.
3. Lukiskan garisan
dan tuliskan di bahagian atas dan bawahnya pasangan yang berkaitan.
4. Seterusnya, ikuti
langkah yang sama untuk pasangan berikutnya.
5. Kedua-dua
pasangan berkaitan ini disambungkan oleh puncak.( ).
6. Sambungkan pasangan
seterusnya sehingga tamat.
7. Sentiasa
meletakkan ‘as’ yang bererti sama seperti pada peta titi.
-TAMAT-
No comments:
Post a Comment